albert enstein quotes

  • "Anyone who has never made a mistake has never tried anything new."
  • "Weakness of attitude becomes weakness of character."
  • "Gravitation is not responsible for people falling in love."
  • "Imagination is more important than knowledge."

Sunday 30 October 2011

3hari 2malam
:::first day:::
plan kita orang dekat 2 bulan adala kot..tapi waktu tu semua dok harap duit MARA.last-last sekali nah ambik hampa,sekupang pun takdak.tapi berbulu dgn geng PULAU KAPAS punya hal sanggup cari sumber lain.
::: Macha ngan roy gerak penang pukul 11 malam dari kl naik train.aku pulak layan demam malam tu..diorang lagi semangat nak balas geng pulau kapas sampai buat vedio segala.haha.sampai je Butterworth terus call aku pagi-pagi buta...aku jawab then tido balik.haha,demam la katakan. tiba-tiba pukul 10 macha call kata ada dekat umah aku.apalagi kelam kabut aku g mandi (takut kena hamun sebab tak semangat)
:::dalam pukul 11 lebih zubair sampai kami pun gerak g makan NASI KANDAR






nasi kandar tervaik.haha
pergh!!! memang layan la nasi kandar ni .korang kena rasa haha.kenyang je perut terus gerak  pergi goergetown..bape kali tah pusing jalan sama sebab cari hotel tak jumpa.haha. shial punya GPS.jumpa je hotel terus check in then lepak2 bg hilang pening.


sumpah kau cantik wahai hotel.haha
hilang je letih terus g mencapap kat Times Square ala-ala komtar yang ditinggalkan.kosong kot.


aku tak paham nape benda ni jd landmark Times Square





bukan ada pasal dok lepak kat QB.


dah la aku demam.ajak berjalan sampai kebas kaki aku.haha.then paksa aku main rollerblade.mana la aku tahu main benda alah tu.terlentang aku dalam tempat tu.haha..First day kami habis kan masa dengan pusing2 je.then makan.














ni la dinner kami...
ha.gempak tak dinner makan subway????depa ni makan tak mau kalah.nak makan mcm mat salleh.aku ni ikot je...lepas tu pukul 10.30 g bedal nasi kandar lagi.hahaha.parak duit kat makan je....


settle first day...:::::


sem 1

first day

  • bilik 111
  • parents org lain tak balik lagi aku dah dalam tandas lepas gian,haha.Dari pagi tak perkena :)
  • roomate aku sorang okay tapi sorang lagi blurr tahap cipan.haha
first week
  • nothing special juz ordinary MSR
  • weekend je keluar alor setar untuk check it out tempat.haha
first month
  • aku lari dari bilik 111 ke 318..jadi pati sat kat bilik tu.
  • first quiz aku tak ley study coz aku demam teruk angkara member2 aku usik aku ngan SCORPION mati.ptuih.celaka punya member.haha
  • pukul budak tutor aku sebab tak puas hati
  • sambut first birthday party member guna 60 biji telur
  • sembur fabreze kat koridor coz nak bg hilang bau telur.sampai pukul 3 kot.
second month
  • ada kes besar.hahaha (yang terlibat je yang tahu )
  • std 2
  • nothing special about this month.
  • opsss!!!aku pindah ke bilik 318
third month
roy
    macha
  • dah boleh nampak sapa kawan dan sapa lawan.nasib baik aku dapat kwan terbaik kat dunia :)
  • diorang la bnyak tolong aku .suka duka aku ngan diorang.
  • paling penting Defends Of The Ancients sekali.hahaha




forth month
  • semua dah start gelisah ngan final.hahaha.kecuali kami la
  • bulan puasa pulakkan...
  • lepas buka terus main game sampai pukul 4.30,then sahur,tidor,bangun kul 7.pergi kuliah balik tidor sampai bukak puasa.ulang balik semua tu sampai habis bulan puasa
  • penyakit gila game aku makin menjadi-jadi.jumaat sabtu je aku akan hadap game sampai tak gerak p mana pun..dasyat2
final month
  • semua orang dah mcm orang gila..sampai outing pun ngan buku.
  • aku ngan geng aku still relax sebab lecturer aku kata kamu main la dulu study week baru study.
  • aku patuh pada arahan..main hingga saat akhir.hahaha
  • start je study week terus aku buka buku.masa tu kelam kabut la.nasib baik aku tak gelabah
  • laxx lu...orang tidor aku jaga orang jaga aku tidor..pukul 8 malam je nampak la aku terlentang atas katil.hahaha.semua kata aku dah habis study padahal tak start pun.hahaha.bila ostel sunyi aku pun bangun study,hahaha.best gila waktu tu tengok member2 tidor dengan buku,calculator segala.
  • mmg semua struggle gila2 punya.
  • masa final ostel dah mcm tongkang pecah.semua ngan buku sampai tak kemas bilik langsung lagi2 bilik aku.hahahaha

Saturday 29 October 2011

about me :)

::: aku ni nak dikatakan hensem tu memang tak la.juz nice untuk dipandang je.Lahir dalam family yang biasa je..anak sulung dari 3 adik beradik..masa mak aku pregnant kat aku 8 bulan ayah aku accident terok sampai doktor kata tak de harapan untuk berjalan..tapi mcm mane tah ayah aku boleh je jalan sampai sekarang..8 tahun stay kat terengganu sebab ayah aku ni askar.adik2 aku semua lahir kat terengganu.aku sorang je sesat kat penang.then masa aku year 2 ayah aku pencen so kami berpindah ke sg petani kedah..masa tu hidup kami happy lagi sampai la kami pindah ke suatu kg kat penang.hidup aku dah mula kucar kacir :) .::masa tu aku year 5::aku pun tak tahu apa sebab parents aku divorce.masa tu result aku down gila..aku yang selalu dapat no 1 dalam kelas boleh dapat no 29.pelikkan???aku pun pelik.jgn tanya apa aku jawab sebab aku meniru je semua waktu tu.lagi teruk when aku kena pindah sekolah yang paling bnyak kenangan untuk aku iaitu SKHA.masa tu result aku naik balik.dapat topten dalam sekolah.tapi benda tu kejap je coz lepas tu mak aku nak kawin lain.korang sendiri pikir la aku mengamuk macam mana.bape kali aku lari rumah pun tak tahu la.sampai la aku lari duduk ngan ayah aku.semua tu jadi masa aku nak UPSR...aku sikit pun tak focus..dapat la result 3A2B.aku menangis tak ingat dunia.aku tak leh nak masuk mana2 sekolah berasrama yang hebat-hebat.tapi nasib aku still baik coz aku dapat masuk projek kerajaan negeri kedah yang dipanggil PROJEK GEMILANG.aku antara result paling low yang terpilih.tapi aku still tak sedar diri..hahaha.still bajet pandai.tapi tak kisah pun sebab aku antara student top 3 kat sekolah tu.korang mesti ingat aku paling cikai kan????setiap kali exam aku dapat paling kurang 6A.hebat tak???bukan nak bangga.tapi juz nak share.3 tahun aku kat SMKPP.aku murid kesayangan cikgu2 kat situ..masa form 1 aku tak aktif sngt sukan2 segala.tapi masa form 3 aku wakil sekolah event 200m hurdles..bangga doe dapat no 3..then PMR pun mendatang.even aku tinggal class 2 bulan pun aku still top 3 dalam sekolah.semua jelez kat aku...kutuk aku macam mana pun mesti ada pujian yang aku ni pandai kat belakang ayat..tapi aku tak bangga diri mcm sorang budak kelas sebelah aku..kononnya dapat no 1 tapi result dia sama tahap ngan no 10 kelas aku.1 lagi yang orang jelez tahap cipan kat aku bila cikgu2 sayang kat aku.::aku ni pandai bodek cikgu::selalu je dapat apa aku nak.haha.then masa PMR aku dapat 7A1B1D. :::semua sebab bahasa arab result aku jahanam::.haha.punya la orang kampung ayah aku bangga siap tanya ayah aku bg makan ape.aku ckp la makan nasi lauk ketam..feveret aku kot.haha...then tahun 2009 aku disuruh pindah ke SMKI.mula-mula aku  takut sangat coz sekolah tu sekolah budak pandai..aku ni apa ada.budak sekolah kampung la katakan.SMKI sekolah bandar.semua budak pandai2..first aku jejak ibrahim hari Isnin 12 JAN 2009.semua orang usha aku mcm alien.haha.:::aku pakai songkok kot:::second day pengetua panggil aku.dia kata tak leh pakai songkok coz racist..aku pun bukak.botak kepala ku.haha.sebulan kat situ then sampai surat MRSM.aku berbelah bagi.nak pergi ke tak.masa dulu mmmg aku nak sangat pergi..tapi pikir balik family aku susah.dah la masuk ibrahim pun yuran semua orang tanggung.aku batalkan je niat.duduk la aku kat SMKI.suka,duka,macam jadi kat situ kecuali belajar.aku tak pernah belajar pun..keja aku fly,pau orang,kutuk budak pompuan,kutuk member sebilik aku,haha <--event paling best.zaman kegemilangan aku .....FORM 5..yahhhh....waktu tu aku pegang mcm2 jawatan.dan aku jugak atlet utama SMKI...7 emas aku balun tahun tu.hahaha.macam-macam kenangan masa jadi atlet sekolah tu.best sngat.bani umayyah pun jatuh apa tah lagi aku.hahaha.dekat2 spm aku kena halau ngan ayah aku....so aku pun kembali kepada mak aku.sekali lagi aku buat perangai sampai kena gantung sekolah kot.hahha.semua tu kenangan.SPM aku dapat 4A2B4C....tapi still dapat tawaran KMPP tau.diploma mekatronik pun aku dapat.tapi akhirnya aku pilih masuk Foundation in SC and TECH ENGINEERING kat UNIKL.pejam celik pejam celik dah habis 1 sem...so aku tengah tunggu result yang nak keluar 2hb ni. scarry.haha.sekian.